Cari:
Resolusi Malaysia Promosi Industri Halal Diluluskan
2016-01-22 11:45:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Abu Zahar Ujang (duduk, kiri) bersama ahli-ahli Parlimen dari 27 negara selepas Persidangan Forum Ahli-Ahli Parlimen Asia Pasifik (APPF) Ke-24 di Vancouver, Kanada, semalam.

Persida­ngan Forum Ahli-ahli Parlimen Asia Pasifik (APPF) ke-24 di Vancouver, Kanada selama lima hari yang ber­akhir pada 21 Januari lalu, sebulat suara meluluskan empat resolusi daripada Malaysia, antaranya termasuklah memberikan fokus utama kepada promosi pembangunan industri ekosistem halal.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang membahaskan usul tersebut menggesa penubuhan sebuah entiti yang bertindak sebagai titik fokus bagi sesebuah negara dalam perkara berkaitan pembangunan industri halal, khususnya melibatkan perdagangan, pelaburan, kewangan dan penyelidikan.

Malaysia memberikan penekanan terhadap perkara ini berikutan menyedari pertumbuhan pesat industri halal dipengaruhi oleh permintaan besar lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, selain kemunculan pasaran halal baharu seperti di rantau utara dan Asia Tenggara.

Abu Zahar berkata, pihaknya juga mengambil maklum keperluan untuk menggalakkan dan memudahkan pemba­ngunan ekosistem halal yang terdiri daripada pelbagai komponen infrastruktur antaranya termasuklah lokasi, institut penyelidikan, pusat rujukan, makmal ujian, insentif, sistem pensijilan dan program pembangunan modal insan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China