Cari:
China Mahu Tingkatkan Hubungan dengan Thailand
2016-01-27 14:41:58 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan, Chang Wanquan ditemui Panglima Tentera Darat Thailand, Thirachai Phuvanatnaranubala di Beijing semalam.

Chang berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Thailand, komited berusaha bersama-sama dengan Thailand dan melonjakkan hubungan dua hala ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Sejak beberapa tahun lalu, kerjasama pragmatik pasukan tentera kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, khususnya yang melibatkan latihan staf dan latihan tentera bersama.

Thirachai pula berkata, pihaknya mengutamakan interaksi dan kerjasama pasukan tentera kedua-dua negara ini dalam latihan bersama dan industri pertahanan. Diharap pasukan tentera Thailand dan China akan terus mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China