Cari:
Malaysia Komited Perangi Keganasan
2016-01-27 15:01:51 CRI Cetak

Malaysia amat komited menyekat ancaman keganasan, sekali gus akan memainkan peranan yang besar dalam usaha tersebut di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara itu akan memberikan sumbangan dalam program pemulihan membabitkan tindakan itu kerana Malaysia mempunyai pengalaman yang meluas.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, tindakan memerangi ancaman itu merupakan kerjasama global dan kebersamaan antara semua negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemulihan dan Memerangi Ancaman Keganasan 2016, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, persidangan tersebut adalah platform terbaik bagi Malaysia untuk memberikan penerangan kepada negara-negara peserta mengenai inisiatif yang telah diambil Malaysia bagi menghalang penyebaran ideologi ekstremisme.

Jelas beliau, Malaysia juga berkongsi pengalaman Program Pemulihan Bersepadu Tahanan Keganasan yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi lain.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China