Cari:
China, Malaysia Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik
2016-02-04 11:45:01 CRI Cetak

China bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan Malaysia dalam pelbagai bidang, untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Beijing semalam.

Meng, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Jawatankuasa Pusat PKC, menyatakan bahawa China juga bersedia bersama-sama dengan Malaysia untuk membanteras jenayah rentas sempadan serta melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat dan institusi kedua-dua negara.

Zahid menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk mengintensifkan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang serta berganding bahu bagi memelihara kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China