Cari:
Najib Harap Tahun Monyet Bawa Kebahagiaan untuk Semua
2016-02-07 14:06:20 CRI Cetak

(NAJIB TUN RAZAK melawat Klinik 1 Malaysia selepas merasmikan Program perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan kenduri Wilayah Persekutuan 2016 di Labuan, semalam.)

Budaya persahabatan, keakraban dan kesediaan untuk hidup bersama secara harmoni perlu terus menjadi amalan hidup rakyat berbilang bangsa di Malaysia agar perpaduan yang dinikmati kekal terjamin.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, nilai-nilai murni tersebut yang memungkinkan Malaysia kekal harmoni sehingga ke hari ini tidak boleh diabaikan kerana budaya berkenaan penentu kepada masa depan negara.

Beliau yang membuat gesaan itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina seterusnya berkata, Malaysia adalah tempat tinggal untuk seluruh rakyat dan mereka jugalah yang telah memainkan peranan penting dalam pembinaan negara.

Dalam pada itu, Najib berkata, kaum keturunan Cina sebenarnya telah memberi sumbangan yang besar kepada kebudayaan, masyarakat serta ekonomi Malaysia dan hasil kerja keras mereka dalam aspek ber­kenaan dapat dilihat di setiap bahagian di negara itu.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China