Cari:
Usaha Berterusan Untuk Kekalkan Keamanan, Keharmonian Dan Keselamatan
2016-02-12 16:05:26 CRI Cetak

Kerajaan akan terus melakukan usaha yang terbaik untuk mempertahankan dan mengekalkan keamanan, keharmonian serta keselamatan negara.

Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada tolak ansur terhadap pandangan dan tindakan golongan radikal serta pelampau yang boleh mengancam keselamatan rakyat Malaysia dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak begitu.

Kata beliau menerusi catatan terkini dalam blog NajibRazak.com.

Najib yang menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina baru-baru ini, berasa sungguh gembira apabila melihat rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, datang bersama-sama untuk meraikan perayaan yang penuh dengan keriangan itu.

Tambah beliau lagi,  ini adalah semangat sebenar 1Malaysia dan keistimewaan yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia, iaitu sebuah masyarakat berbilang kaum di bawah satu bumbung.

 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China