Cari:
Suspek letupan nafi terlibat pengeboman Bangkok
2016-02-17 15:17:06 CRI Cetak

Dua lelaki etnik Uyghur, menafikan tuduhan pihak polis yang mendakwa mereka terlibat melakukan serangan bom di sebuah kuil di Bangkok dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah di Thailand hari ini.

Bilal Mohammed, 31, yang turut dikenali sebagai Adem Karadag dan Yusufu Mieraili, 26, dilihat berkaki ayam ketika diiringi polis untuk kes se­butan rayuan di mahkamah tentera hari ini.

Hakim membacakan tuduhan cubaan membunuh dan merancang pembunuhan, selain memiliki senjata tanpa kebenaran dan masuk secara haram ke Thailand melalui seorang penterjemah Uyghur. Namun, kedua-dua defendan berkata, mereka tidak bersalah atas dakwaan melakukan pengeboman, walaupun Bilal mengaku masuk ke Thailand secara haram.

Polis berkata, kedua-dua lelaki itu pada awalnya mengaku terlibat dalam pengeboman berkenaan. Bilal dituduh sebagai lelaki berbaju kuning dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mele­takkan sebuah beg pada saat Kuil E­rawan meletup. Yusufu pula merupakan suspek ke­dua yang berjaya ditangkap.

Ketua Polis Thailand, Chakthip Chaijinda berkata, defendan mempunyai hak menafikan pengakuan terdahulu mereka, namun pihak polis mempunyai saksi dan bukti yang jelas untuk mendakwa mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China