Cari:
AS Digesa Jangan Cemar Hubungan Baik China-ASEAN
2016-02-19 14:15:48 CRI Cetak

Kenyataan bersama selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California baru-baru ini, yang tidak menyebut isu Laut China Selatan dengan jelas, mengecewakan kerajaan AS yang teringin melihat ASEAN mengambil pendirian yang sama dalam isu berkenaan. Hasil pertemuan sebegitu sememangnya adalah di dalam jangkaan, terutamanya dari konteks hubungan baik antara China dengan ASEAN. Namun, niat Washington untuk mencemari ikatan rapat yang dijalin Beijing dan ASEAN harus diberi keprihatinan tinggi.

Dengan pembentukan Komuniti ASEAN, peranan persatuan negara-negara Asia Tenggara itu dalam isu-isu antarabangsa dan serantau semakin menonjol. ASEAN mahu menjalin ikatan kerjasama yang sama rata, mesra dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga, dengan semua rakan dialognya, termasuk AS. Ini membawa makna positif bagi memperkasakan kerjasama serantau dan menggalakkan kemakmuran dan kestabilan di Asia Timur.

Walau bagaimanapun, berikutan adanya hasutan, haluan pembangunan yang ditempuh AS dan ASEAN dalam tempoh sekarang telah menyimpang dari matlamat yang ditetapkan sebelum ini. Filipina menunjukkan keinginan yang kuat untuk menjadikan kes timbang tara membabitkan pertikaian di Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada agenda utama sidang kemuncak kali ini dan menuntut pihak-pihak terbabit supaya meluluskan hasil semakan berkenaan. Sementara itu, Washington juga menghasut supaya negara-negara ASEAN mencapai persepakatan seperti ini.

Biarpun pemerintahan Obama menekankan semula ketegasan komitmen bahawa langkah-langkah konkrit perlu dilaksanakan bagi mengurangkan ketegangan di rantau berkenaan serta perlunya mengambil kira hak semua negara, tetapi ASEAN tetap mampu mengendalikan dan menyeimbangkan kepentingan dan keprihatinan semua pihak, dan tidak membiarkan mereka diperlakukan AS seperti kerbau dicucuk hidung.

Pada hakikatnya, langkah-langkah Pentagon, antaranya termasuk menunjuk-nunjukkan kekuatan tenteranya di Laut China Selatan dan menipu sesetengah negara bersama-sama melakukan pelayaran dan penerbangan pemantauan, bertujuan "mententerakan" rantau berkenaan. Perbuatan AS melakukan campur tangan dalam isu berkenaan dan sengaja menguar-uarkan pertikaian, hanya akan menjejaskan usaha pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah secara aman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China