Cari:
Persembahan Hebat Rombongan Kesenian China di Kuala Lumpur
2016-02-21 13:56:59 CRI Cetak

Seramai 3 ribu penonton membanjiri Mega Star Arena Kuala Lumpur untuk menyaksikan pertunjukan akrobatik yang dipersembahkan oleh Rombongan Kesenian China malam semalam.

Huang Huikang dalam ucapannya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada orang keturunan Cina dan kawan-kawan daripada pelbagai kaum Malaysia di Kuala Lumpur. Menurut beliau, Kuala Lumpur adalah destinasi terakhir bagi perjalanan rombongan kesenian China itu.

Para hadirin tetamu agung termasuk Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang, Naib Ketua Jabatan Hubungan Luar Persatuan Pertukaran Luar China, Zhu Liu, ibu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah dan Ketua Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-China, Tan Sri Dato' Koo Yuen Kim.

Menurut maklumat berkenaan, pertunjukan akrobatik tersebut dipersembahkan oleh anggota Rombongan Akrobatik Guangdong China yang pernah banyak kali memperoleh anugerah akrobatik katagori dunia tertinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China