Cari:
UMNO Belum Terima Surat Dr. Mahathir
2016-03-02 13:14:56 CRI Cetak

UMNO masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung dengan pengisytiharan keluar parti daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau belum mene­rima sebarang surat mengenai perkara itu setakat ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan mantan Perdana Menteri itu yang mengumumkan keluar daripada UMNO buat kali kedua bersama-sama dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali kerana mendakwa perjuangan parti tersebut bukan lagi seperti dahulu.

Dr. Mahathir pernah bertindak keluar parti ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu pada 19 Mei 2008, selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap penggantinya itu.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mahu menu­buhkan satu gerakan serta kese­diaannya bekerjasama dengan parti pembangkang lain, Tengku Adnan berkata, beliau tidak tahu akan perkara itu.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China