Cari:
Serpihan Dihantar ke Australia untuk Siasatan Lanjut
2016-03-04 14:30:44 CRI Cetak

Serpihan yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijumpai di Terusan Mozambique baru-baru ini akan dihantar ke Australia untuk siasatan lanjut oleh pakar penerbangan.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihaknya akan menghantar pasukan penyiasat ke Mozambique.

Sekiranya serpihan tersebut disahkan milik pesawat MH370, maka lokasi penemuan terbukti sepadan dengan kawasan pencarian.

Tambah beliau lagi, Malaysia, Australia dan China akan mengadakan rundingan tiga pihak di Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti.

Berdasarkan peraturan Pertubuhan Penerba­ngan Awam Antarabangsa (ICAO), pasukan penyiasat akan mengemukakan laporan interim pada 8 Mac bersempena dengan ulang tahun kedua nahas berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China