Cari:
Fenomena Gerhana Matahari di Indonesia Tarik Pelancong
2016-03-10 11:12:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Fenomena gerhana matahari penuh berlaku di Indonesia semalam.

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya berkata, kira-kira 100 ribu pelancong, termasuk 10 ribu pelancong asing menyaksikan fenomena tersebut, sekali gus menyumbang 1.3 trilion rupiah (kira-kira USD 100 juta) kepada pendapatan negara.

Sejak tahun lalu lagi, Kementerian Pelancongan Indonesia giat merangka pelbagai aktiviti termasuk konsert dan perlumbaan perahu naga bagi mempromosikan fenomena tersebut.

Pada bulan Februari lepas, kementerian berkenaan dengan kerjasama agensi-agensi lain telah mengeluarkan setem khas bagi memperingati peristiwa tersebut.

Kali terakhir Indonesia mengalami fenomena gerhana matahari adalah pada tahun 1995 dan dijangka bakal berlaku lagi pada tahun 2042.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China