Cari:
Mesyuarat Tidak Rasmi Panglima-panglima Pertahanan ASEAN ke-13 di Laos
2016-03-15 16:39:24 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Panglima-panglima Pertahanan ASEAN (ACDFIM) ke-13 diadakan di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Dalam mesyuarat itu, 10 negara ASEAN bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi mengatasi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional semasa dan masa depan.

Ketua Turus Agung Tentera Rakyat Laos, Suvon Luongbunmi ketika berucap merasmikan mesyuarat itu berkata, situasi keselamatan serantau dan global sedang mengalami perubahan yang besar dan semakin rumit. Usaha untuk memastikan kedamaian, keselamatan, kestabilan dan pembangunan serantau merupakan hasrat bersama rakyat negara-negara ASEAN.

Kenyataan bersama yang diluluskan dalam mesyuarat tersebut menyatakan bahawa negara-negara ASEAN sedang menghadapi cabaran bukan tradisional, termasuk bencana alam dan bencana yang dilakukan oleh manusia, perubahan iklim, pemerdagangan manusia, keganasan dan jenayah siber. Pasukan tentera daripada semua negara di rantau ini perlu mengeratkan kerjasama dan menyelaraskan tindakan serta memperkukuh kesalingpercayaan bagi mengatasi semua cabaran tersebut bersama-sama.

Selain itu, 10 negara ASEAN juga bersetuju untuk membincangkan kebolehlaksanaan berhubung membina mekanisme perkongsian maklumat antara pertubuhan perisikan tentera ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China