Cari:
Kumpulan Bank Dunia Iktiraf Ekonomi Malaysia
2016-03-29 11:12:38 CRI Cetak

Ekonomi Malaysia mendapat pengiktirafan apabila Kumpulan Bank Dunia (WBG) mengambil keputusan membuka hab kajiannya di ibu negara itu meskipun Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran, terutamanya selepas kejatuhan nilai ringgit dan harga komoditi utama.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti Malaysia te­lah mengecapi pembangunan ekonomi yang pesat sejak 1958 sehingga menjadi lokasi pilihan kepada orga­nisasi antarabangsa untuk menjalankan perniagaan.

Menurut beliau, dengan pembukaan pejabat tersebut, kerajaan akan meneruskan kerjasama yang erat dengan WBG dalam usaha menjayakan misi berkembar, iaitu membasmi kemiskinan tegar dan menggalakkan kemakmuran ekonomi di rantau ini dan peringkat global.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China