Cari:
China, Asia Tenggara Perkasa Kerjasama Antikeganasan
2016-04-08 14:05:21 CRI Cetak

China dan negara-negara Asia Tenggara bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang keselamatan dan antikeganasan.

Persetujuan tersebut dicapai dalam satu dialog antikeganasan membabitkan jabatan keselamatan China dan Asia Tenggara yang diadakan di Beijing semalam.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu yang berucap merasmikan dialog tersebut berkata, keganasan yang semakin berleluasa pada ketika ini membawa ancaman serius kepada China dan negara-negara Asia Tenggara. Kedua-dua pihak mesti mengambil tindakan positif untuk memperkukuh kerjasama pelbagai hala dan dua hala demi membanteras keganasan.

Meng, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Jawatankuasa Pusat PKC, menyatakan bahawa China bersedia untuk bergabung tenaga dengan negara-negara Asia Tenggara untuk melaksanakan konsep keselamatan Asia yang kolektif, komprehensif, bersifat bekerjasama dan berterusan seperti yang disarankan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam sidang kemuncak ke-4 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) pada Mei 2014.

Beliau turut menyeru agar negara-negara terlibat membaiki mekanisme kerjasama pelbagai hala dan dua hala, meningkatkan pertukaran maklumat, memperluas skop kerjasama dan meningkatkan sinergi bagi memerangi keganasan.

Para perwakilan pula menyatakan bahawa mereka bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan China bagi bersama-sama memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China