Cari:
Beijing-Seri Begawan Pererat Kerjasama Strategik  
2016-04-22 15:04:15 CRI Cetak

Beijing dan Seri Begawan diharap bersama-sama terus menyumbang tenaga kepada hubungan kerjasama strategik yang sedia ada dan mengukuhkan lagi persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadap Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bandar Seri Begawan semalam.

Wang Yi berkata, sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, China mahukan kegiatan komunikasi di peringkat tinggi dapat terus kekal erat, di samping menggalakkan supaya insiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan "Visi 2035" Brunei dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Menurut beliau, China akan menyokong usaha Brunei menggerakkan pelaksanaan strategi kepelbagaian ekonomi, dan menghulurkan tangan membantu negara itu mengoptimumkan peranan dominan di timur rantau ASEAN.

Dimaklumkan, kedua-dua negara bakal memacu pembinaan Koridor Ekonomi Guangxi-Brunei, selain memperkasakan kerjasama dalam bidang-bidang seperti sumber tenaga, kemudahan awam dan sebagainya.

Baginda turut mengatakan, negara itu ingin memperluas kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, mempererat lagi hubungan dua hala, dan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Pada hari yang sama, Wang Yi juga menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Pehin Dato Lim Jock Seng di Seri Begawan.

Sepanjang pertemuan itu, Wang Yi menyatakan, China menyokong dan berpegang teguh pada "pendekatan dwitrek" mengenai penyelesaian pertikaian Laut China Selatan, yang terlebih awal disarankan Brunei. Beliau menyifatkannya sebagai pendekatan yang ideal dan praktikal kerana sepadan dengan Deklarasi Tatalaku (DOC) Pihak-pihak di Laut China Selatan, malah selaras dengan kepentingan jangka panjang China dan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China