Cari:
Militan Bebaskan 10 Anak Kapal Indonesia
2016-05-02 14:50:24 CRI Cetak

10 orang anak kapal warga Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada Mac lalu, dibebaskan di selatan Filipina semalam.

Menurut pihak polis wilayah Sulu, 10 orang tebusan itu telah dihantar ke kediaman Gabenor Sulu pada tengah hari semalam, sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Semua tebusan didapati berada dalam keadaan yang sihat.

Sehubungan dengan itu, jurucakap pihak tentera Filipina berkata mereka tidak mendapat sebarang maklumat tentang hal ini. Pihak tentera pernah menjalankan operasi untuk menyelamatkan tebusan, namun operasi itu gagal.

Menurut sumber berita, anak kapal tersebut dibebaskan sepelas pemilik kapal itu membayar wang tebusan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China