Cari:
Hasil Kajian Purba Bukti Rakyat China Tuan Sebenar di Laut China Selatan
2016-05-05 14:50:19 CRI Cetak

Pulau-pulau di Laut China Selatan adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan dari wilayah China. Rakyat China yang terawal menemukan, meneroka dan membangunkan pulau-pulau di perairan tersebut, manakala kerajaan China sudah awal-awal lagi mendapat hak untuk mentadbir kawasan tersebut hingga sekarang.

Aktiviti pengeluaran dan kehidupan rakyat China di Kepulauan Xisha dan Nansha dapat dijumpai dalam catatan sejarah.

Pada masa dahulu, keadaan di perairan tersebut kurang diketahui umum disebabkan lokasinya yang amat jauh dari benua.

Sejak abad ke-20, ahli arkeologi China kerap kali menjalankan ekskavasi di kedua-dua kepulauan tersebut dan menemukan banyak tinggalan sejarah yang membuktikan kehadiran rakyat China di pulau-pulau berkenaan sejak sekian lama.

Merekalah tuan yang sebenar.

Bermula pada penghujung 1920-an, artifak-artifak di pulau-pulau Laut China Selatan semakin kerap ditemukan dan penemuan ini menggalakkan kerajaan melakukan lebih banyak kerja cari gali di kawasan tersebut disusuli dengan pengembalian Kepulauan Xisha dan Nansha ke pangkuan China, yang dahulunya pernah jatuh ke tangan penceroboh Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Antara penemuan tersebut termasuklah syiling tembaga yang diguna pakai pada era Dinasti Qin (221SM-207SM) dan Dinasti Han (202 SM-220).

Semasa ekskavasi tersebut juga turut dijumpai tapak kediaman pada zaman Dinasti Tang (618-907) dan Dinasti Song (960-1279) di Pulau Ganquan, Kepulauan Xisha, berserta dengan kira-kira 50 tembikar kegunaan harian, peralatan seperti pisau besi dan pahat besi, serpihan barang-barang dapur, syiling-syiling, dan sebagainya.

Ekskavasi yang dilakukan di Pulau Yongxing, Pulau Quanfu dan Pulau Beidao pula menemukan barang-barang porselin yang digunakan pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1616-1911).

Manakala, penemuan di Pulau Chenhang dan Pulau Beidao terdiri daripada 13 buah topekong, iaitu tempat memuja leluhur.

Secara berasingan, beberapa tinggalan sejarah yang dijumpai di Pulau Taiping, Kepulauan Nansha, memberikan pendedahan kepada orang ramai berhubung dengan kehidupan rakyat China pada penghujung zaman Dinasti Ming hingga pertengahan Dinasti Qing, antaranya termasuklah tembikar, paku besi, batu api serta kubur-kubur pengemudi bot.

Di gugusan Terumbu Zhenghe, artifak yang ditemukan ialah serpihan tembikar dan syiling dari zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han, duit syiling Dinasti Tang, seramik yang dibakar dalam tanur di provinsi Fujian pada era Dinasti Song dan Dinasti Yuan (1271-1368) serta tanur di provinsi Guangdong pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, dan lain-lain.

Keadaan kehidupan masyarakat setempat pada zaman dahulukala terbongkar selepas pasukan arkeologi China berjaya mengesan sejumlah khazanah yang terdapat di dalam perut bumi, antaranya termasuklah serpihan porselin di Terumbu Daoming, porselin biru putih di Terumbu Huanglu, balang tembikar di Beting Yongdeng yang terbenam, syiling-syiling di Beting Fulu yang terbenam, seramik biru di Beting Daxian yang terbenam serta porselin biru putih di Terumbu Nantong yang terbenam.

Pendek kata, penemuan kesemua artifak tersebut membuktikan bahawa rakyat China telah menghuni pulau-pulau di Laut China Selatan sebelum zaman Dinasti Tang.

Pada ketika itu, nelayan negara ini telah meninggalkan jejak-jejak mereka di seluruh kawasan perairan berhampiran dengan Kepulauan Nansha. Pada era Dinasti Song, Laut China Selatan menjadi hab perdagangan utama.

Kapal dagang yang memuatkan produk-produk buatan China seperti porselin bertolak dari provinsi Fujian dan Guangdong belayar menerusi perairan Laut China Selatan untuk meneroka dunia di seberang laut melalui aktiviti perdagangan.

Semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, aktiviti perikanan dan penternakan yang dijalankan nelayan-nelayan dari provinsi Fujian, Guangdong, pulau Hainan serta pulau-pulau di Laut China Selatan menggambarkan kemakmuran kawasan perairan berkenaan.

Hasil kajian purba menunjukkan bahawa rakyat China yang paling awal tiba di Laut China Selatan dan pulau-pulau di sekitarnya.

Mereka yang bekerja, berniaga dan membina kediaman di sana secara turun-temurun merupakan tuan yang sebenar.

Selain mempunyai kedaulatan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan, China juga memiliki kepentingan berasaskan sejarah di kawasan perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China