Cari:
MITA Buka Akaun Weibo
2016-05-05 16:48:55 CRI Cetak

Menurut laporan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) kini bekerjasama rapat dengan syarikat media sosial terbesar di China yang dikenali "Weibo" untuk membantu mempromosikan pelancongan Malaysia di China.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab berkata usaha itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk menarik dua juta pelancong China melawat Malaysia.

Bagi tahun 2015, seramai 25.7 juta pelancong melawat Malaysia dengan 1.67 juta adalah dari China. Ia menunjukkan 4 peratus peningkatan berbanding 2014 dengan 1.61 juta pelancong dari China.

Beliau memberitahu pemberita di Kuala Lumpur, selepas merasmikan seminar MITA mengenai "Bagaimana untuk Mempromosikan Malaysia secara Efektif di China melalui Weibo".

Sementara itu, Timbalan Presiden MITA, Uzaidi Udanis berkata MITA meramalkan perubahan tabiat perjalanan dalam kalangan pelancong China, dengan lebih 200 juta pelancong China akan melancong ke luar negara menjelang 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China