Cari:
Warga Hong Kong, China Hilang di Sabah
2016-05-05 12:19:35 CRI Cetak

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, Malaysia mengumumkan warga China yang hilang di Sabah pada petang 2 Mei lalu ialah penduduk Hong Kong.

Sebuah bot laju yang membawa empat orang pelancong dilaporkan hilang di perairan Kudat, Sabah.

Konsulat Jeneral China telah menghubungi agensi pelancongan, agensi penguatkuasa maritim dan pihak polis tempatan. Pada malam 3 Mei, sejumlah kapal penguatkuasa maritim telah dikerahkan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

Kerajaan tempatan pula menghantar helikopter untuk menyertai operasi SAR pada pagi 4 Mei lalu.

Setakat ini, pelancong yang hilang masih belum dijumpai dan operasi SAR sedang giat dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China