Cari:
Pilihan Raya Filipina Diadakan Hari Ini
2016-05-09 12:03:30 CRI Cetak

Pilihan Raya diadakan di Filipina hari ini, lebih 54 juta pengundi akan menunaikan kewajipan dalam memilih teraju baharu kepimpinan Filipina, termasuk Presiden dan Naib Presiden. Sebanyak 90 ribu pusat pengundian akan dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang di seluruh negara itu.

Menurut maklumat yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina, pilihan raya kali ini akan memilih calon-calon baharu untuk memegang 18,069 jawatan dalam Dewan Kongres dan kerajaan tempatan.

Presiden Filipina, Benigno Aquino III dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam menyeru rakyat agar bersama-sama membantu kerajaan bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan teratur dan adil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China