Cari:
Dasar Langit Terbuka, Selangkah Penting Bina Komuniti ASEAN
2016-05-10 16:30:21 CRI Cetak

Dasar Langit Terbuka ASEAN yang dikuatkuasakan secara menyeluruh baru-baru ini menandakan negara-negara Asia Tenggara bergerak selangkah lagi ke arah meningkatkan kesalinghubungan serantau melalui pembangunan jaringan prasarana fizikal dalam proses pembinaan Komuniti ASEAN.

Sektor penerbangan awam, yang dianggap sebagai asas dalam pembangunan ekonomi ASEAN dan penyepaduan rantau, memainkan peranan yang semakin penting dalam memperkasakan sektor pengangkutan dan perhubungan sesama negara-negara anggota. Oleh itu, pemacuan pelaksanaan dasar langit terbuka tersebut menjadi antara tugas yang mendesak. Menurut Sekretariat ASEAN, dasar berkenaan yang merangkumi beberapa perjanjian berbilang pihak mengenai kos pengangkutan, perkhidmatan udara, keselamatan ruang udara, urusan pengendalian dan sebagainya, bakal memberi faedah kepada peningkatan kesalinghubungan udara dan sektor penerbangan awam hingga membentuk pasaran penerbangan tunggal di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia, Tan Sri Tony Fernandes menganggap, perjanjian perkhidmatan udara berdasarkan Dasar Langit Terbuka mesti membenarkan syarikat penerbangan di rantau ini mengadakan penerbangan tanpa sekatan dari segi kekerapan perkhidmatan, kapasiti penerbangan, jenis pesawat, laluan dan lain-lain. Saat ini, Asia Tenggara mempunyai sekitar 1,600 buah pesawat yang beroperasi, dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 3,490 menjelang tahun 2032. Ini menunjukkan pesatnya pertumbuhan di sektor ini di rantau ASEAN. Dengan adanya pasaran yang berpotensi dan permintaan penumpang yang semakin meningkat, perjanjian udara berkenaan akan menghasilkan pertumbuhan pesat lalu lintas udara.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Arif Wibowo berpendapat, terdapat tiga masalah yang harus diselesaikan pada masa ini, antaranya keselamatan penerbangan, mutu perkhidmatan udara dan modal insan. Beliau merayu kepada kerajaan negara-negara anggota ASEAN supaya menubuhkan Persatuan Penerbangan ASEAN sebagai badan penyelaras, selain bercadang menawarkan satu platform perkhidmatan di Sekretariat ASEAN di Jakarta.

Keterbukaan ASEAN dalam sektor penerbangan awam telah memperkukuh keyakinan masyarat antarabangsa terhadap pasaran yang semakin bersepadu di rantau itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China