Cari:
Najib Ditemui Yang Jiechi
2016-05-10 17:58:48 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditemui ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi di Perdana Putra Kuala Lumpur hari ini.

Yang Jiechi menyatakan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan China-Malaysia berkembang dengan pesat, stabil serta amat berhasil. Pada tahun lalu, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan siri pertemuan yang penting. China amat mementingkan hubungan dua hala, bersedia untuk berusaha bersama-sana dengan Malaysia melaksanakan persepakatan penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara bagi mengintensifkan kerjasama pragmatik, mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan komunikasi strategik, menggalakkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)" dengan strategik pembangunan Malaysia, mempercepat kerjasama kedua-dua pihak dalam kapasiti pengeluaran dan pembinaan infrastruktur. Selain itu, beliau berharap dapat meningkatkan pertukaran sosiobudaya dalam kalangan rakyat kedua-dua negara demi menggalakkan kestabilan hubungan dua hala dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri Malaysia, Najib dalam pertemuan itu berkata, hubungan Malaysia-China boleh dijadikan contoh terbaik bagi hubungan antara negara. Dari perspektif jangka panjang, Malaysia bersedia untuk meneroka peluang kerjasama kedua-dua pihak, terus meningkatkan kerjasama dalam perdagangan dua hala, pelaburan, kewangan dan pelancongan demi menggalakkan perkembangan hubungan bilateral secara berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China