Cari:
Duterte Janji Perangi Jenayah
2016-05-13 11:44:50 CRI Cetak

Rodrigo Duterte yang sudah bersedia untuk menjadi Presiden Baharu Filipina semalam berkata, kerajaan baharu akan mengutamakan reformasi dalaman sistem polis negara terlebih dahulu bagi menunaikan janji Rodrigo Duterte untuk memerangi jenayah dalam tempoh enam bulan.

Jurucakap kem Rodrigo Duterte menegaskan bahawa janji tersebut pasti dapat direalisasikan kerana hal itu berjaya dilaksanakan di bandar Davao.

Semasa kempen pilihan raya, Rodrigo Duterte telah mengeluarkan amaran kepada penjenayah berulang-ulang kali, bahkan berjanji akan menghapuskan mereka.

Sehubungan dengan itu, pegawai kanan polis Filipina menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Rodrigo Duterte dalam usaha membaiki keselamatan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China