Cari:
Duterte Komited Kukuh Hubungan Manila, Beijing
2016-05-17 14:34:14 CRI Cetak

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua menyampaikan ucapan tahniah kepada Rodrigo Duterte yang menjadi bakal Presiden Filipina.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Datuk Bandar Davao itu petang semalam.

Menurut Zhao, China dan Filipina adalah jiran yang baik dan sahabat sejati.

Bagi memastikan hubungan tradisi tidak terjejas, kerajaan baharu Filipina diharap dapat bertindak untuk menyelesaikan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan, sebagaimana yang menjadi hasrat Beijing.

Dalam pada itu, Duterte berjanji akan menyumbang kepada pengukuhan hubungan Filipina-China dan peningkatan kerjasama yang menguntungkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China