Cari:
Konsert Raikan Ulang Tahun ke-80 Penubuhan Bank China Cawangan Singapura Diadakan
2016-06-11 16:28:12 CRI Cetak

Konsert untuk meraikan ulang tahun ke-80 penubuhan Bank China Cawangan Singapura diadakan dengan meriah di Dewan Persidangan Singapura malam semalam.

Presiden Bank China Cawangan Singapura, Qiu Zhikun dalam ucapannya menyatakan bahawa sejak ditubuhkan, bank itu tidak gentar dalam menanggung tugas sejarah, mengekalkan keikhlasan dan menggembleng tenaga dengan kawan-kawan pelbagai lapisan masyarakat dan para pelanggan. Pada masa depan, Bank China akan terus menjunjung dasar "memikul tanggungjawab sosial untuk membina bank yang paling baik", berusaha membina laluan kewangan bagi inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Seramai lebih 700 orang tetamu termasuk Menteri Mentor Kehormatan Singapura, Goh Chok Tong, Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong, ahli Parlimen Singapura yang juga Pengarah Pengurus Business China, Sun Xueling dan pegawai daripada Persekutuan Perniagaan Singapura(SBF), Persatuan Perniagaan Singapuara-China dan Persatuan Perusahaan China(Singapura) serta wakil daripada pelbagai kalangan masyarkat menghadiri aktiviti itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China