Cari:
Isu Laut China Selatan Tidak Patut Jejas Hubungan China-ASEAN
2016-06-15 11:15:11 CRI Cetak

China dan ASEAN komited untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan efisien, menjayakan kerjasama pragmatik dalam bidang maritim, serta merancakkan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Suara kedua-dua pihak yang senada itu diutarakan sempena Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar China-ASEAN yang dipengerusikan bersama-sama oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Yuxi, provinsi Yunnan, semalam.

Semasa bertemu dengan media selepas mesyuarat tersebut, Wang Yi berkata, pihak-pihak terbabit perlu mendukung semangat saling memahami demi menggalakkan perbincangan yang lebih mendalam berhubung dengan isu Laut China Selatan.

Beliau turut menegaskan pentingnya isu Laut China Selatan ditangani dengan betul supaya tidak menjejaskan hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Para menteri luar Asia Tenggara teruja melihat perkembangan hubungan dialog yang semakin rapat antara ASEAN dengan China, dan berharap agar hubungan dua hala terus melonjak ke tahap dan peringkat yang lebih jauh serta lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China