Cari:
12 Pelancong China Terselamat
2016-06-25 15:31:16 CRI Cetak

Pegawai dari Konsulat China di Kota Kinabalu Malaysia mendedahkan bahawa sebuah kapal yang membawa 12 orang pelancong China telah diselematkan melalui pencarian setelah dilaporkan hilang hubungan di perairan Sabah.

Kapal yang membawa 22 orang termasuk 12 orang pelancong China, 4 orang pemandu pelancong, 4 orang penduduk tempatan dan 2 orang anak kapal itu telah rosak dan kebocoran air dalam perjalanan pulang dari pulau Mantanani pada petang 23 Jun lalu.

Pegawai Malaysia menyatakan, penyelamat menemukan kapal itu pada awal pagi 24 Jun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China