Cari:
Sarjana China dan AS Seru Bersikap Rasional terhadap Isu Laut China Selatan
2016-07-07 13:55:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sarjana-sarjana dari China dan AS berpendapat meskipun keputusan mengenai kes timbang tara Laut China Selatan yang bakal diumumkan oleh tribunal The Hauge dianggap tidak sah, namun pihak-pihak terlibat masih perlu bersikap rasional terhadap hal ini, dan bekerjasama untuk menenangkan isu tersebut.

Pada Dialog Isu Laut China Selatan Kumpulan Pemikir China-AS yang diadakan di Washington AS pada 6 Julai lalu, Ketua Cawangan Washington bagi Majalah Executive Intelligence Review AS, Jones berkata, China mempunyai alasan untuk menolak keputusan yang dibuat oleh tribunal The Hauge kerana Filipina membangkitkan kes timbang tara isu Laut China Selatan tanpa mengadakan perbincangan dan rundingan. Tindakan Filipina ini telah menyalahi fasal-fasal berkenaan dalam Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). Tambahan pula, situasi di Filipina telah berubah pada ketika ini, maka China dan Filipina mungkin dapat menyelesaikan pertikaian melalui rundingan bilateral. Jones turut mengkritik tindakan kerajaan AS dalam isu Laut China Selatan.

Brandan S. Mulvaney, Naib Pengarah Fakulti Bahasa dan Kebudayaan Akadami Tentera Laut AS menyeru China dan AS saling memahami keprihatinan antara satu sama lain terhadap situasi di rantau ini agar bersama-sama meredakan ketegangan situasi pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China