Cari:
MOT: Kereta Api Buatan China Tidak Ada Masalah Keselamatan
2016-07-07 11:35:46 CRI Cetak

Baru-baru ini, berita tentang 26 buah kereta api buatan China telah dipulangkan oleh Singapura berikutan rekahan didapati dalam kereta api itu menarik perhatian ramai. Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) mengeluarkan kenyataan malam kelmarin yang menegaskan bahawa kereta api yang dipulangkan itu bukan kerena masalah sistemnya, keselamatan kereta api itu tidak terjejas.

Menurut kenyataan itu, pihak MOT telah mendapati beberapa rekahan kecil pada bahagian badan gerabak kereta api dalam pemeriksaan yang dijalankan pada tahun 2013. Selepas itu, MOT telah menghantar balik kereta api tersebut secara berkumpulan ke kilang di Qingdao China untuk bertukar yang baharu kerana masih dalam tempoh jaminan. Kenyataan itu menegaskan bahawa rekahan pada bahagian badan gerabak tersebut tidak menjejaskan keselamatan sistem dan fungsi kereta api.

Wartawan mendapat maklumat dari syarikat yang mengeksport kereta api tersebut, iaitu Syarikat Sifang CRRC (CSR) di Qingdao bahawa masalah tersebut diakibatkan masalah kualiti bahan mentah. Menurut analisis sistematik, masalah tersebut tidak akan membawa risiko keselamatan, kereta api itu dapat terus beroperasi. CSR telah membaikpulihkan sebahagian kereta api terebut agar dapat beroperasi semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China