Cari:
Simposium Kumpulan Pemikir mengenai Isu Laut China Selatan di Singapura
2016-07-18 16:31:34 CRI Cetak

Simposium Kumpulan Pemikir Peringkat Tinggi mengenai Isu Laut China Selatan dan Perkembangan Kerjasama Serantau diadakan di Singapura hari ini.

Sarjana dan pakar dari pelbagai negara Asia Tenggara membincangkan tiga topik termasuk mekanisme penyelesaian pertikaian laut, penyelesaian pertikaian Laut China Selatan, dan kerjasama rantau Laut China Selatan.

Bekas Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China yang juga Ketua Sekolah Penerangan Universiti Renmin China, Zhao Qizheng menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian. Beliau menyatakan bahawa kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menegaskan pendirian tidak menerima dan tidak mengakui keputusan kes timbang tara yang dibuat oleh tribunal timbang tara antarabangsa pada 12 Julai lalu.

Menurut beliau, memulihkan rundingan damai merupakan opsyen yang terbaik bagi China dan Filipina. China mengutamakan hubungan persahabatan dengan pelbagai negara ASEAN. Keamanan dan kestabilan Laut China Selatan selaras dengan kepentingan utama pelbagai pihak. Oleh itu, China dan ASEAN perlu meningkatkan dialog, menghapuskan ganggunan, memfokuskan kerjasama ketika menghadapi situasi Laut China Selatan kini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China