Cari:
Malaysia Tidak Akan Berhenti Cari Keadilan MH17
2016-07-18 11:10:55 CRI Cetak

Menurut laporan Utusan, Malaysia tidak akan berhenti daripada terus berusaha mendapatkan keadilan ke atas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine, dua tahun lalu, sehingga membunuh kesemua 298 penu­mpang dan anak kapal.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan berkenaan, Malaysia akan menggunakan saluran undang-undang antarabangsa bukan sahaja dalam menuntut keadilan tetapi juga bagi mendapatkan penjelasan mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Komitmen itu dibuat sehari selepas Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap agar Malaysia diberikan rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China