Cari:
Sidang Pegawai Tinggi 10+3 Perlu Fokuskan Kerjasama
2016-07-24 15:15:01 CRI Cetak

Sidang Pegawai Tinggi ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) dan Sidang Pegawai Tinggi Sidang Kemuncak Asia Timur telah diadakan di Vientiane, Laos semalam.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin yang menghadiri kedua-dua sidang tersebut ketika diwawancara media menyatakan bahawa pelbagai sidang kerjasama rantau Asia Timur perlu memfokuskan kerjasama, mengelakkan tindakan menimbulkan kekacauan dan membesarkan perselisihan antara pelbagai negara supaya mendorong penyelesaian pertikaian melalui rundingan.

Menurut beliau, Asia merupakan penjana utama bagi ekonomi dunia. Sekiranya negara-negara Asia terjejas, negara-negara lain di dunia juga tidak dapat mengelakkan daripada kerugian.

Beliau mengingatkan negara-negara Asia supaya berhati-hati untuk menjaga keamanan dan kestabilan serantau, mengelakkan kerjasama terjejas akibat pertikaian. Negara-negara Asia juga perlu berwaspada terhadap campur tangan negara dari luar erantau kerana ia akan menjejaskan kerjasama, penyatuan dan integrasi serantau.

Ketika menyebut tentang kes timbang tara isu Laut China Selatan, Liu Zhenmin berkata, pertikaian Laut China Selatan antara China dengan Filipina telah kembali ke situasi pada tiga setengah tahun yang lalu. Rundingan masih merupakan jalan keluar bagi masalah ini.

Menurut beliau, China dan negara-negara anggota ASEAN berharap terus melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan Laut China Selatan (DoC), mendorong penyusunan Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC). Di samping itu, pelbagai negara ASEAN juga semakin menyedari bahawa isu Laut China Selatan perlu diselesaikan melalui kerjasama dan rundingan antara China dengan negara ASEAN berdasarkan DoC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China