Cari:
Pertemuan Tingkat Tinggi Ke-2 China-Indonesia mengenai Mekanisme Pertukaran Antara Rakyat di Guiyang
2016-08-02 11:45:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dengan Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani bersama-sama mempengerusikan Pertemuan Tingkat Tinggi Ke-2 China-Indonesia mengenai Mekanisme Pertukaran Antara Rakyat Peringkat Naib Perdana Menteri di bandar Guiyang, provinsi Guizhou pada 1 Ogos lalu.

Liu Yandong berkata, mekanisme pertukaran antara rakyat peringkat naib perdana menteri China-Indonesia yang ditubuhkan bersama-sama atas inisiatif Presiden China, Xi Jinpin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) merupakan mekanisme pertukaran sosiobudaya peringkat tinggi yang pertama ditubuhkan antara China dengan negara-negara membangun. Dengan koordinasi mekanisme seumpama ini, kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang amat memuaskan dalam lapan sektor, termasuklah pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, kesihatan, sukan, pelancongan, belia dan media massa dalam tempoh setahun yang lalu.

Puan Maharani dalam ucapannya menyanjung tinggi peranan mekanisme pertukaran antara rakyat Indonesia-China. Beliau turut mencadangkan supaya kedua-dua negara menggunakan wadah penting ini dengan lebih berkesan untuk memperkasakan kerjasama bilateral dalam bidang-bidang berkenaan demi meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi. Negaranya juga bersedia bekerjasama dengan China agar menggerakkan perkembangan hubungan ASEAN dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China