Cari:
Singapura, AS Komited Galakkan Ratifikasi TPPA
2016-08-03 13:45:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barak Obama di White House pada 2 Ogos lalu waktu tempatan. Kedua-dua pihak mengulangi lagi komitmen untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan bersungguh-sungguh.

Lee Hsien Loong dalam sidang media selepas pertemuan dua hala berakhir menyeru pelbagai negara yang terlibat dalam TPPA, terutamanya AS supaya menggalakkan Kongres negaranya untuk meratifikasikan perjanjian perdagangan tersebut dengan secepat mungkin.

Ketika menyebut hubungan bilateral dengan Singapura, Obama menyatakan bahawa Singapura memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategik "menyeimbangkan semula Asia Pasifik". Kedua-dua negara akan memperkasakan kerjasama dalam sektor ketenteraan, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya pada masa hadapan. AS mengalu-alukan Singapura membeli jet pejuang model F-35 AS dari negara itu.

Kedua-dua negara juga berbincang tentang kemungkinan pasukan tentera Singapura bakal menjalankan latihan ketenteraan di Pulau Guam.

Berhubung dengan isu Laut China Selatan, Obama berkata, AS dan Singapura bertegas bahawa pertikaian berkenaan harus diselesaikan melalui proses perdamaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China