Cari:
Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN Campur Tiga ke-19 di Vientiane
2016-08-04 16:46:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) diadakan di Vientiane, Laos hari ini.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng yang menghadiri mesyuarat kali ini dalam ucapannya menegaskan bahawa China komited dalam menyokong kedudukan utama ASEAN dalam kerjasama Asia Timur. China bersedia untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak yang terlibat bagi mempercepat proses integrasi ekonomi demi kemakmuran ekonomi serantau dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Sehubungan dengan itu, China telah mengemukakan lima inisiatif.

Pertama, menyokong peranan utama yang dimainkan oleh ASEAN untuk memastikan kejayaan rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang penghujung tahun ini.

Kedua, semua pihak terlibat perlu memperkasakan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur rentas sempadan di rantau ini berdasarkan kerangka "Jalur dan Laluan" (B&R).

Ketiga, terus meningkatkan kerjasama kapasiti pengeluaran dl kawasan Asia Timur.

Keempat, menjalinkan kerjasama dalam kemudahan perdagangan dan rangkaian bekalan logistik.

Kelima, mengintensifkan kerjasama antara China, Jepun dan Korea Selatan dalam usaha mendorong kedinamikan kerjasama ekonomi dan perdagangan negara-negara 10+3.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China