Cari:
Indonesia Serius Tangani Jerebu
2016-08-08 15:10:31 CRI Cetak

Indonesia mengambil tindakan serius untuk mengelakkan masalah jerebu rentas sempadan daripada berlaku tahun ini. Langkah itu dilaksanakan ekoran pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.

Jaminan itu diberikan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar ketika mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Jakarta, baru-baru ini.

Menurut beliau, Indonesia memandang serius masalah pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera kerana rakyatnya turut terjejas teruk apabila jerebu berlaku.

Negara itu bakal menggerakkan kira-kira 3,000 anggota tentera dan polis untuk memantau serta mengambil tindakan segera memadamkan kebakaran hutan.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China