Cari:
Draf Perlembagaan Baharu Thai Dimuktamadkan
2016-08-11 11:11:50 CRI Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, Suphachai Somcharoen mengeluarkan keputusan muktamad pungutan suara Ahad lepas yang menunjukkan 61.35 peratus pengundi menyokong draf perlembagaan baharu.

Menurut beliau, jumlah yang keluar mengundi dalam pungutan suara itu mencecah kira-kira 30 juta orang dengan 59.4 peratus, lebih tinggi daripada jumlah undian pada tahun 2007.

Sementara itu, soalan tambahan yang dikemukakan semasa pungutan suara tersebut, termasuk sama ada membenarkan Senat menyertai Dewan Perwakilan dalam pemilihan perdana menteri, jumlah undi yang menyokong mencatat 58.07 peratus.

Pungutan suara tersebut adalah sebahagian daripada hala tuju kerajaan pimpinan tentera untuk kembali kepada pemerintahan demokrasi, dua tahun selepas rampasan kuasa daripada kerajaan yang memerintah.

Sokongan rakyat terhadap draf perlembagaan tersebut akan merintis jalan bagi pilihan raya umum yang bakal diadakan pada tahun hadapan sebagaimana yang ditetapkan di bawah hala tuju itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China