Cari:
Jamuan Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN Diadakan
2016-08-26 11:51:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jamuan sempena meraikan ulang tahun ke-25 hubungan dialog China-ASEAN diadakan di Wisma Tamu Negara Diaoyutai di Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi yang menghadiri jamuan itu telah mengadakan pertemuan dengan diplomat-diplomat negara ASEAN.

Beliau dalam pertemuan itu berkata, hubungan China-ASEAN telah mencapai perkembangan yang pesat dalam tempoh 25 tahun lalu, dan memberikan sumbangan yang cemerlang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

China bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam menjayakan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Dialog China-ASEAN yang bakal diadakan pada bulan September nanti dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua pihak ke tahap yang lebih tinggi.

Para diplomat dari negara ASEAN juga menyatakan kesediaan mereka untuk terus memperkasakan hubungan dengan China. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China