Cari:
Sinergi Banteras Jenayah Rentas Sempadan
2016-09-05 14:58:01 CRI Cetak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Filipina bakal menandatangani perjanjian dalam masa terdekat dalam usaha kedua-dua kerajaan itu untuk membanteras jenayah rentas sempadan.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Nur Jazlan Mohamed kepada pemberita selepas merasmikan taklimat keusahawanan Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) di Johor Bahru, semalam.

Beliau berkata, antara yang bakal terkandung dalam perjanjian itu termasuklah pertukaran maklumat risikan, yang memudahkan kedua-dua negara bekerjasama dalam membanteras jenayah rentas sempadan, terutamanya di negeri Sabah yang lebih terdedah kepada ancaman kumpulan militan seperti Abu Sayyaf.

Menurut Datuk Nur Jazlan, sebelum ini, usaha memantau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) amat terbatas dan kebanyakannya dilakukan di kawasan darat.

Namun kini, operasi untuk memantau persekitaran negara akan dijalankan sama ada di laut atau di darat, iaitu di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Usaha kerajaan Filipina untuk mengekang aktiviti keganasan kumpulan militan seperti Abu Sayyaf dan meningkatkan lagi kawalan di sempadan perairan Filipina dan Malaysia adalah satu permulaan yang baik, di samping memudahkan Esscom menjalankan tugas mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China