Cari:
Siri Persidangan di Laos Berhasil
2016-09-09 10:02:32 CRI Cetak

Siri persidangan yang melibatkan negara anggota ASEAN serta rakan-rakan dialog pertubuhan itu telah melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Nasional Vientiane, Laos, semalam.

Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith ketika berucap pada majlis penutupan persidangan berkenaan menyifatkan perbincangan yang melibatkan pemimpin pelbagai negara kali ini sebagai amat komprehensif, telus dan efektif, di samping merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan negara anggota ASEAN lain serta rakan-rakan dialog ASEAN kepada Laos selaku negara pengerusi bergilir.

Dalam media sidang seterusnya, Thongloun berkata, ASEAN mengadakan perbincangan yang luas mengenai pelaksanaan Wawasan Komuniti ASEAN 2025 serta pengukuhan hubungan luar dan peningkatan kerjasama sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29. Semasa siri Sidang Kemuncak 10+1, pelbagai delegasi menyatakan komitmen untuk memperkasakan kerjasama berasaskan prinsip saling menguntungkan, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan dan program pertukaran dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, Kenyataan Bersama dan beberapa dokumen penting diluluskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-19 bagi Memperingati Genap 25 Tahun Hubungan Dialog China-ASEAN.

Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3), semua pihak secara sebulat suara menekankan peri pentingnya untuk meningkatkan kerjasama antara satu lain, sekali gus mengoptiumumkan mekanisme kerjasama itu dalam usaha merealisasikan matlamat membina Komuniti Asia Timur.

Mengenai Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11, para hadirin menganggap bahawa mekanisme itu akan terus dikekalkan sebagai forum strategik yang diterajui pemimpin demi memudahkan pelbagai pihak membincangkan isu-isu politik dan ekonomi.

Pada majlis penutupan berkenaan, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berjanji bahawa negara itu mampu menggalas tanggungjawab sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN bagi tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China