Cari:
China, Thailand Tandatangani MoU Pelancongan
2016-09-23 15:14:07 CRI Cetak

Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China dan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tentang Pemerkasaan Kerjasama dalam Pengawasan Pasaran Pelancongan di Bangkok, ibu negara Thailand kelmarin.

Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan memperkasakan kerjasama untuk menjamin hak syarikat pelancongan dan pelancong China-Thailand yang sah, bersama-sama memelihara sistem pasaran pelancongan dan membaiki kualiti perkhidmatan pelancongan bagi memastikan sektor pelancongan kedua-dua negara terus berkembang dengan sihat dan teratur.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul dalam sidang media berkenaan berkata, MoU itu merangkumi tiga kandungan utama, iaitu menubuhkan pasukan kerja bersama untuk menjamin kualiti perkhidmatan dan keselamatan pelancong; membina mekanisme kerjasama untuk menangani situasi yang mencemaskan, dan mengukuhkan dimensi kerohanian dalam aktiviti melancong serta menubuhkan mekanisme latihan staf.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China