Cari:
China, Myanmar Bersedia Tingkatkan Kerjasama
2016-09-28 15:23:06 CRI Cetak

Presiden Myanmar, Htin Kyaw mengadakan pertemuan dengan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam (MPS) China, Guo Shengkun, yang akan mempengerusikan Mesyuarat Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-undang China-Myanmar ke-5, di Naypyidaw semalam.

Dalam pertemuan itu, Guo Shengkun terlebih dahulu menyampaikan salam mesra Presiden China, Xi Jinping kepada Presiden Htin Kyaw.

Menurut Guo Shengkun, atas keprihatian dan sokongan padu pemimpin kedua-dua negara, kerjasama dalam keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang antara China dengan Myanmar dapat terus berkembang dengan stabil. China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Myanmar memperkukuh kerjasama dalam memerangi keganasan dan penyeludupan dadah, menjamin keselamatan projek-projek besar dan meningkatkan kawalan sempadan.

Presiden Htin Kyaw turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China dan mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang demi manfaat rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China