Cari:
Kembara Muhibah Budaya dan Pelancongan China-Thailand 2016 Berakhir di Bangkok
2016-09-29 11:45:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis penutupan aktiviti konvoi "Kembara Muhibah Budaya dan Pelancongan China-Thailand 2016" yang menyusuri perjalanan sejauh 6,000 kilometer telah diadakan di Pusat Budaya China Bangkok Thailand pada 28 September lalu.

Konvoi "Kembara Muhibah Budaya dan Pelancongan China-Thailand 2016" yang berlangsung selama 38 hari bertolak dari bandar Ordos, wilayah Mongolia Dalam China pada 22 Ogos lalu.

Peserta konvoi juga mengadakan program pertukaran dan persembahan kebudayaan serta menghayati pelbagai budaya dalam tempoh pengembaraan yang merentasi tujuh provinsi dan wilayah di China serta lebih 10 bandar dan daerah di Thailand.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam dalam ucapan tahniahnya berkata, China merupakan negara sumber pelancong terbesar bagi Thailand. Aktiviti seumpama itu akan menggalakkan pertukaran budaya dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Phinij Jarusombat, Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Hubungan Thailand-China dalam ucapannya berkata, aktiviti ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh asas masyarakat demi kesalinghubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China