Cari:
Najib: Kekal Naik Taraf Daya Tarikan Kuala Lumpur
2016-10-07 13:28:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan mestilah meneliti semula dasar dan strategi dalam sektor pelancongan agar menaik taraf daya tarikan Kuala Lumpur, di samping menjadikan bandar ini kekal dipilih sebagai antara destinasi utama bagi semua pelancong dari seluruh dunia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Oktober lalu.

Najib berkata, kerajaan akan terus menyediakan lebih banyak peluang untuk mengembangkan sektor pelancongan. Beliau percaya bahawa keharmonian, kestabilan serta sifat peramah dan mesra rakyat menjadi antara faktor Kuala Lumpur menarik minat para pelancong dan Malaysia menjadi sebuah negara yang istimewa.

Berdasarkan laporan Indeks Bandar Destinasi Global (GDCI) 2016 yang dikeluarkan Mastercard, Kuala Lumpur merupakan antara bandar paling ramai pengunjung di dunia, pada kedudukan ke-7 daripada 132 bandar utama seluruh dunia. Ibu negara ini mencatatkan jumlah pengunjung seramai 12 juta orang pada setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China