Cari:
China, Thailand Terus Gerakkan Kerjasama
2016-10-10 14:03:56 CRI Cetak

Beijing dan Bangkok diharap dapat terus mengekalkan pertukaran lawatan antara peringkat tinggi, menyemai rasa saling mempercayai dalam bidang politik, meningkatkan komunikasi strategik, saling menyokong dan membantu dalam menangani isu-isu yang berkepentingan bersama, dan menyumbang kepada kedamaian, keselamatan dan kestabilan rantau.

Harapan itu diluahkan Timbalan Presiden China, Li Yuanchao semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam, menjelang Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) yang akan diadakan di Bangkok, hari ini.

Li berkata, China dan Thailand, dua buah negara membangun utama di benua Asia, kini berhadapan dengan tugas yang sama, iaitu merangsang pertumbuhan ekonomi dan membaiki taraf hidup rakyat.

Dalam konteks tersebut, kedua-dua negara boleh menyepadukan strategi pembangunan masing-masing, memperluas kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebudayaan hingga mewujudkan situasi saling menguntungkan, di samping memperoleh lebih banyak manfaat.

Berkenaan dengan ACD, Li menganggap, mekanisme tersebut telah memainkan peranan penting dalam membina konsensus dan menjayakan kerjasama antara pelbagai negara Asia.

Timbalan Presiden China ini berharap agar negara anggota yang terlibat dengan mekanisme berkenaan dapat menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Dalam pada itu, Prayuth menyuarakan harapan agar kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pelancongan, pertanian, perdagangan dan kebudayaan dapat terus diperkasakan, terutamanya projek pembinaan keretapi laju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China