Cari:
Filipina Diancam Taufan
2016-10-20 10:26:48 CRI Cetak

Kira-kira 10 juta penduduk di utara Filipina, terutamanya di Pulau Luzon diarahkan berpindah hari ini ketika negara itu berdepan dengan Taufan Haima, satu daripada ribut terkuat yang pernah melanda negara itu.

Taufan Haima yang dikatakan menyamai kekuatan Taufan Haiyan yang meragut lebih 7,000 nyawa pada 2013 membadai kawasan pe­dalaman di utara Filipina kira-kira pada pu­kul 11 malam waktu tempatan.

Pengarah Pusat Penyelaras Maklumat dan Bencana Kementerian Dalam Negeri Filipina, Allan Tabel berkata, taufan itu mempunyai diameter seluas 800 kilometer yang boleh menjejaskan lebih 10 juta penduduk di utara negara tersebut.

Menurut beliau, Haima bukan hanya membawa hujan lebat dan angin kencang, malah boleh mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan ombak besar di kawasan pantai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China