Cari:
Malaysia: GST 6 Peratus Tidak Berubah
2016-10-20 11:16:46 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) enam peratus yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Menteri Kewangan II Malaysia, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, dakwaan kadar cukai itu akan dinaik­kan dua peratus kepada lapan peratus yang bertebaran di media sosial ketika ini adalah tidak benar.

Sebelum ini, banyak khabar angin, terutama dalam media sosial tentang kerajaan akan mengumumkan kenaikan cukai GST kepada lapan peratus dalam pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, yang menekankan kesejahte­raan rakyat.

Bagi tempoh Ja­nuari hingga 10 Oktober tahun ini, kerajaan Malaysia telah berjaya mengutip RM29.34 bilion GST, berban­ding RM27.93 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun pelaksanaannya.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China