Cari:
Pameran Perdagangan ASEAN di Hunan, China
2016-10-21 11:39:05 CRI Cetak

Pameran Perdagangan ASEAN-Hunan 2016 dirasmikan di bandar Changsha, ibu kota provinsi Hunan, China Rabu lalu.

Sepuluh negara ASEAN membawa produk istimewa masing-masing menyertai pameran yang selama lima hari itu.

Pameran Perdagangan ASEAN-Hunan 2016 bertemakan "ASEAN-Hunan, Berteraskan Inovasi dan Berkongsi Kejayaan". Ini satu-satunya platform perniagaan yang mengutamakan produk ASEAN di provinsi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Heng Seai Kie menyatakan bahawa pasaran ASEAN berpotensi besar, ruang pembangunan ekonomi dan pembinaan kemudahan infrastruktur pula mempunyai prospek yang baik.

Beliau menambah, platform seumpama ini harus dimanfaatkan oleh China dan ASEAN dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi dan perdagangan, di samping mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China