Cari:
Majlis Pecah Tanah Projek Pelabuhan Laut Dalam di Melaka
2016-10-21 14:30:02 CRI Cetak

Majlis pecah tanah projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Melaka Gateway, Pulau Melaka telah diadakan di Melaka, Malaysia kelmarin.

Projek yang menelan kos sebanyak RM8 bilion diusahakan oleh Syarikat Projek Antarabangsa Kumpulan Pembangunan Janakuasa Elektrik China.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang ketika berucap pada majlis itu menyatakan bahawa projek Pelabuhan Pulau Panjang di Melaka Gateway adalah model projek kerjasama antara China dengan Malaysia, di samping negara-negara lain yang turut terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Projek tersebut diyakini dapat membantu melonjakkan pembangunan dan kemakmuran bersama antara kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron turut menghadiri majlis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China